Monday, 8 August 2011

setelah kau pergi



         Cinta memang sukar untuk ditafsirkan. Pelbagai dugaan yang perlu ditempuh dalam mencari cinta sejati. Seperti aku yang sering bermain dengan cinta. Aku mengenali dia melalui sepupuku. Memang pada mulanya aku amat membenci dia. Namun, lama kelamaan aku makin mencintainya. Dia jejaka pertama yang berjaya membuka pintu hati aku.  Dia hadir dalam hidup aku hanya sementara sebelum dia pergi buat selamanya…
     Nama Tengku Syawal Ikhmal sering bermain di minda aku. Bukan aku tidak dapat menerima pemergian dia. Cuma hanya dia yang masih berada di dalam hati aku. Hanya dia yang aku cinta…yang aku sayang…yang aku kasihi….
     Aku masih ingat tarikh itu….25.02.2011…tarikh dia pergi buat selamanya…. Dia pergi kerana aku….aku yang bersalah dalam hal ini. Aku yang tidak menghalang keinginannya untuk bertemu aku. Ketika itu aku sedang menjalani latihan khidmat negara di Manjung, Perak.
     “Fasya…Awal nak datang tengok Fasya boleh? Awal nak balik Korea dah…. Awal nak jumpa Fasya. Awal rindu sangat kat Fasya. Mana la tau ini kali terakhir Awal boleh dengar suara Fasya…jumpa Fasya ….”
     “Awal jangan cakap camtu… Awal…kalau Awal datang pun, Awal tak boleh masuk sebab Awal bukan family  Fasya. Awal tak payah datang la. Lagipun Fasya da nak habis latihan ni. Nanti kita jumpa la ye…” aku cuba memujuk Awal. Walaupun aku tahu dia akan datang juga.
    20.02.2011…..hari lawatan keluarga. Pada hari ini juga Awal terlibat dalam kemalangan jalan raya yang menyebabkan dia koma. Aku terkejut apabila dimaklumkan kejadian itu. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa sedihnya hati aku apabila insan yang paling aku sayang terlibat dalam kemalangan jalan raya dan dia koma. Aku hanya mampu berdoa dan berharap dia akan sembuh. Fikiran aku jadi tidak menentu selepas kejadian itu. Kehadiran insan bernama Amirul menenangkan jiwa aku. Bukan dia yang bakal mengganti  Awal. Tidak pernah terlintas difikiran aku untuk mencintai Amirul sepertimana aku mencintai Awal.Amirul  banyak memberi semangat kepada aku. Dia banyak membantu aku. Hanya pada dia aku adukan segala perkara.
     Selama seminggu aku menunggu khabar mengenai Awal. Aku menunggu dengan penuh kesabaran. Khabar yang aku sangka menggembirakan hati aku, rupanya menjadi mimpi ngeri bagi aku. Awal pergi buat selamanya. Kebahagiaan yang ingin aku kecapi bersama dia hancur musnah. Dia pergi tanpa mengetahui betapa aku sangat mencintainya. Aku hanya mampu menangis dan menangis. Tiada apa yang boleh aku buat selain mendoakan Awal ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
  ‘Awal…..kenapa Awal yang pergi dulu? Kenapa bukan  Fasya? Fasya sayang Awal sangat – sangat. Awal, lagu yang Awal nyanyikan untuk Fasya sangat bermakna. Lagu itu merupakan lagu terakhir untuk Fasya. Lagu ‘Saat terakhir dan Izinkan aku pergi’ menjadi tema pemergian Awal’
   Kenangan bersama dia sering bermain di minda aku. Aku masih ingat kali pertama aku mengenali insan bernama Tengku Syawal Ikhmal. Aku cukup anti dengan dia. Dia tidak pernah puas untuk menyakat aku. Mula – mula ambil beg aku…handphone aku….macam – macam. Mula – mula memang aku benci sangat kat dia. Tetapi lama – lama aku makin sayang padanya. Makin seronok apabila dia mengganggu aku. Mungkin inilah yang sering orang katakan, perasaan benci itu tidak mustahil akan menjadi sayang. Apabila perasaan sayang telah bertaut, memang sukar untuk dilepaskan.
    2 tahun menjadi pasangan kekasih, akhirnya berpisah disebabkan salah faham dan perasaan kasihan aku. Seorang gadis bernama Anis hadir dalam episod cinta kami. Secara tiba – tiba mengaku diri sebagai kekasih Awal. Aku hanya menerima takdir yang ditentukan. Aku hanya ingin perlukan kepastian dari Awal dan ternyata gadis tersebut membohongiku. Hati wanita mana yang tidak kasihan mendengar rintihan dari seorang wanita. Saban hari gadis tersebut merayu dan merintih. Keputusan yang mampu aku buat hanyalah melepaskan Awal. Aku putuskan hubungan dengan dia dan meneruskan hubungan hanya sebagai kawan. Aku dan dia….kawan….
    Sepanjang aku berkawan dengan  dia, dia sering meminta aku untuk kembali bersama. Namun, aku hanya mengambil inisiatif lain iaitu kapel dengan lelaki lain. Tetapi dia tahu aku takkan lama dengan lelaki – lelaki itu. Ye, memang betul. Hubungan aku dengan lelaki – lelaki itu tidak pernah bertahan lama. Paling lama 7 bulan. Dia sering memberi nasihat kepada aku untuk memakai tudung. Namun, aku sering mengendahkan nasihat itu. Bukan aku tidak mahu memakai tudung, Cuma belum terbuka pintu hati. Tetapi kini, aku sudah mula memakai tudung sejak berada di Form 4. Ternyata Awal sangat gembira. Aku senang apabila melihat dia gembira.
    Tetapi semua itu hanya tinggal kenangan. Dia tetap pergi tinggalkan aku. Bukan untuk seketika tetapi buat selama – lamanya. Dia pergi bertemu dengan Penciptanya. Pergi menghadap Allah SWT. Benar kata orang, yang pergi tetap pergi. Kita yang masih hidup perlu teruskan hidup. Mencari keredhaan Allah di muka bumi ini. Aku harus teruskan hidup tanpa dia di sisi. Aku mahu dia tahu bahawa aku sangat mencintainya.
   17.06.1992……merupakan tarikh Tengku Syawal Ikhmal lahir di muka bumi Allah ini. Hari ini juga merupakan ulangtahun kelahiran Awal yang ke 19 tahun……. Aku…..hanya mampu berdoa dan berharap dia akan bahagia di sana. Di kesempatan ini…..aku ingin menyatakan aku sangat merindui dia…..
     “Awal……happy birthday……..i love you so much although you are not be here with me. Your love still in my heart forever….. Only Al-fatihah which can I give to you…. Only present from me….” Aku hanya mampu mengalirkan airmata di hadapan lappy… Sesungguhnya hanya dia yang berjaya mengubah hidup aku…. Hanya dia yang aku sayang…..
      Aku menatap gambar Awal sepuas – puasnya. Sungguh…hanya dia yang sering aku impikan. Namun, takdir telah memisahkan kami. Dia pergi tanpa kembali ke sisi aku. aku redha dengan pemergianmu.....

1 comment: