Sunday, 16 October 2011

PEMERHATI MEMERHATI SI PEMERHATI

  Alyn sedang khayal membelek novel yang dipinjamnya dari Mai tanpa menyedari dirinya diperhati oleh seseorang. Isi kandungan yang di tulis di novel tersebut menarik minat Alyn untuk terus membaca.

   “ Alyn….ni surat untuk kau. Ada orang bagi. Tapi aku tak tahu lak siapa. Ada junior bagi kat aku. Dia suruh sampaikan kat kau. Secret admirer kot. Hot da kawan aku sekarang.”
  
   Alyn membuka surat itu sementara otaknya ligat berfikir siapakah gerangan insan yang memberi surat tersebut. Dia membuka dengan penuh berhati – hati.

                                                        ASSALAM                                                                                                                                                             

   “ Assalam? Apa motif orang ni bagi surat macam ni… Aduyai…pening ar kepala…” Alyn melemparkan surat tersebut di atas meja. Tapi otaknya masih ligat memikirkan siapa gerangan yang memberi surat kepadanya.
………………………………………………………………………………………………………

    Pertandingan bola keranjang akan berlangsung tidak lama lagi. Para pemain bertungkus – lumus berlatih bagi mengalahkan pihak lawan. Alyn dan kawan – kawannya tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan latihan tersebut. Amry, kapten bola keranjang yang memang menjadi rebutan setiap gadis di kampusnya. Salah seorang daripada mereka adalah Nurazlyn Binti Tan Sri Azmi.  Alyn amat meminati Amry. Namun, dia hanya mampu melihat dari jauh. Dia malu.
  
    “ Alyn, Amry tu not bad kan. Patut la kau gila sangat dengan dia tu.” Kata Fasha sambil mengukir senyuman.
  
    Alyn hanya mengukir senyuman. Dia tahu dia tidak mampu memiliki Amry kerana terlalu ramai gadis cantik yang meminati Amry. Jejaka idaman Malaya la katakan. Alyn terus melihat Amry dari jauh. Hanya itu yang mampu dilakukan.
………………………………………………………………………………………………………
   
   “ Alyn, ni ada surat untuk kau. Ada orang bagi. Kau ni asyik dapat surat je. Jealous aku kot,” kata Mai sambil menghulurkan surat tersebut.
   
    Alyn mengambil surat tersebut. Sudah acap kali dia menerima surat yang tidak diketahui siapa pengirimnya.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA SURAT SAYA. WALAUPUN AGAK KUNO.      SAYA AKAN TEGUR AWAK AGAR AWAK TAHU SIAPA SAYA.
MAA
      
    “ Hish, siapa la dia ni. Eh, surat ni cam berantai la. Aku nak cuba susun la.”
   
      Alyn mengambil semua surat yang diterimanya. Lalu, menyusun mengikut turutan.
ASSALAM. SAYA SUKA AWAK. SAYA MINAT KAT AWAK. SAYA SELALU PERHATIKAN AWAK. AWAK SEORANG YANG CANTIK. SAYA NAK KENAL DENGAN AWAK. SAYA MENARUH HATI PADA AWAK. SAYA TERTARIK DENGAN KELEMBUTAN AWAK. TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA SURAT SAYA.  WALAUPUN AGAK KUNO. SAYA AKAN TEGUR AWAK AGAR AWAK TAHU SIAPA SAYA.
MAA

    MAA? Siapa dia? Ha, aku tetap akan meminati Amry. Dia sahaja yang berjaya tawan hati aku. Walaupun aku tahu dia tak mungkin jadi milik aku.’ Alyn bermonolog. Dia hanya membiarkan surat – surat tersebut. Walau siapa pun jejaka itu, hanya Amry yang dia minati.
…………………………………………………………………………………………………………
     
     Pertandingan bola keranjang berlangsung pada hari ini. Alyn tidak melepaskan peluang bagi menyaksikan perlawanan tersebut. Perlawanan tersebut amat rancak. Amry bermain dengan penuh semangat kerana insan yang dia sayangi memberi sokongan kepada pasukannya. Kemenangan berpihak pada pasukan Amry. Amry tersenyuman puas. Alyn juga. Semua penyokong pasukan Amry bersorak riang.
    
    Alyn melihat Amry bergembira dengan pasukannya. Dia hanya mampu mengukir senyuman. Alyn berniat mengundurkan diri dari dewan tersebut apabila ramai gadis yang menghampiri Amry. Sungguh dia tidak mampu untuk terus melihat kejadian itu. Sayangkah dia kepada Amry? Dia tidak mengerti apa yang dia rasa.

    “ Nurazlyn.” Laung Amry.

    Alyn menoleh kearah empunya suara. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati Amry memanggilnya. Dia hanya mengukirkan senyuman.

     “ Saya nak jumpa dengan awak kejap boleh? Ada sesuatu yang saya nak cakap dengan awak.” Amry berkata sambil melihat tepat pada mata Alyn. Alyn hanya mengangguk tanpa mampu berkata apa – apa. Dia gugup.

    “ Awak, saya…………suka  kat awak. Saya yang bagi surat kat awak. Saya takut nak terus terang dengan awak.  Jadi saya pun tulis la surat tu. Saya takut nak mendampingi awak. Awak…saya nak kawan dengan awak, boleh?” tanya Amry.

   Alyn hanya mendiamkan diri buat seketika. Alyn terkejut.

    “ Amry….terima kasih. Tapi MAA tu nama awak ke? Sorry la sebab saya tak tahu nama penuh awak.”

    “ MAA, Megat Amirul Amry. Itulah nama penuh saya.” Kata Amry lalu mengukirkan senyuman kearah Alyn.

    Alyn mengukirkan senyuman lalu berkata, “ Awak nak tahu tak. Sebenarnya saya pun minat kat awak. Tapi saya malu nak beritahu sebab saya rasa awak tak akan minat kat saya. Saya sayang awak.”

   Amry mengukirkan senyuman menawan. Dia memandang tepat kearah anak mata Alyn. Dia bersyukur kerana cintanya dibalas oleh Alyn. Dia berjanji akan setia dengan Alyn sehingga akhir hayat. Hanya Alyn yang berjaya buka pintu hatinya. Dia akan jaga Alyn sepertimana dia menjaga dirinya sendiri.
………………………………………………………………………………………………………….

Nukilan khas dari
                                                    Ga This The Sa

No comments:

Post a Comment